joeblack2020
April 9th
Male
Malaysia
Brief about myself :
Mar Izwan Marzuki
9 April 1981
Kuala Lumpur
Currently doing Media and Communications at Swinburne Uni of Tech, Melbourne
anyone wanna add me??
joeblack9481@yahoo.com.my


   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31




Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

blogdrive

Monday, June 11, 2007
Last but not least....

Assalamualaikum wbt....

Dukacita dimaklumkan bahawa ini adalah update yang terakhir buat blog ini. Saya tidak akan menulis apa-apa lagi selepas ini di blog ini mahupun blog-blog yang lain.

Kalau aku taip pun bukan ada sape baca pun...huhuhuhuh....

Harap maklum.

Posted at 6/11/2007 9:14:46 pm by joeblack2020
Comments (3)

Saturday, June 09, 2007
Jalan2 cari jalan...

Assalamualaikum...

Hari yang membosankan. So aku pun g la jalan2 sekitar Camberwell...window shopping...yesterday I bought 3 books at Borders...blaja2 nak membaca buku...huhu...yg tu nanti aku update...

Sekarang nih musim sale gile2....diorang nak habiskan stock...niat di hati tu mmg la nak beli mcm2...tapi sabar je la....then aku masuk kat Target...ada jeans $15.00...hehe...angkat la selai...then dekat book sections, ternampaklah aku pada satu buku nih yang berjudul "Since I was a Pricess" yang ditulis oleh Jacqueline Pascarl. Kenal tak dia? Dulu kisah dia dengan seorang kerabat diraja Terengganu yang menggemparkan Malaysia dan Australia. Demi menyelamatkan agama dan maruah anak-anak, beliau (ex-husband Pascarl) sanggup meredah laut mengambil kembali anak-anak dia. Dan rasanyer sumer dah tau kan yang kedua-dua anak tu dah datang ke OZ utk menziarah ibu kandung mereka.

Dalam buku tu ada la gambar2 pengalaman Pascarl. Dia citer la dia hampir bunuh diri dan hampir jadi gila kerana kehilangan anak2 kesayangannya. Then dia kuatkan semangat dan menjadi sukarelawan antarabangsa. Merata la dia pegi untuk membantu mangsa2 perang terutama kanak2...Banyak la gambar2 dia di kem2 sementara. Then ada gambar masa anak2 dia kecil. Si ibu memegang 2 ekor anak anjing dan diapit oleh kedua2 anak. (Hurrrmmm.....) Then ada gambar2 yang terbaru ketika kedua2 anak tu datang menziarahi ibu mereka di OZ. Sungguh gembira and sungguh seksi anak dara (??) sulung tu. Dan ada satu lagi gambar si anak perempuan tu sungguh gembira membelai2 seekor anjing. Bawah gambar tu mak dia tulis la betapa rindunya anak2 dia dengan kehidupan sebelumnya.

Persoalannya di sini. Apakah kehidupan sebelumnya? Adakah hidup sepertimana budaya barat adalah kehidupan mereka? Dalam kes nih sape yang perlu dipersalahkan? Aku selalu dengar gak yang bile seseorang tu bile kawen ngan warga lain di luar negara, mereka lebih cenderung utk hidup gaya mereka....yeker? tak semua macam tu kan.....ramai je yang kawen dengan org luar tapi elok je cara hidup mereka...

Sama-sama la kita pikir...

huuurrrmmmmmm.....

Posted at 6/9/2007 4:04:43 pm by joeblack2020
Comments (1)

Wednesday, June 06, 2007
Parit Hilton....

Assalamualaikum...

What happened to this world today?
Seorang minah yang tak pernah tau malu dikenakan hukuman penjara selama 23 hari...diulang....23 hari, bukan 23 tahun.....dan mendapat liputan yang melampau2....gilo ko apo...dah takde benda nak citer ker sekarang nih? apa yang menarik sangat minah tuh kat masyarakat? Mungkin ada antara kita yang pernah tgk video popular yang 'dilakonkan' oleh dia....time tu dia hanya berumur 17thn...hurmmmm....ini lah kesan budaya popular (popular culture) ke atas masyarakat dunia sekarang....hancur...hancur ~~~~*

What Ayaan Hirsi Ali's thought about Islam interest me. Today I went to Borders just killing my time and 'usha2' some interesting books and mags....I saw her first book "The Caged Virgin : An Emancipation Proclamation for Woman  and Islam" ...Terasa nak beli buku tuh tapi xde duit la...tggu la time aku balik Malaysia nanti beli...murah skit la kot...apa yang menyebabkan dia menjadi aktivis dan mengkritik agama asalnya. Mungkin sejarah hitam dia yang menyebabkan dia berfikiran begitu dan kini 'tenang' dengan minum wine di cafe tanpa percaya Tuhan dan kuasaNya.

I just did a test  "Should you be male or female?" ....bunyi mcm lawak je...so aku buat la...here r the results :

You scored as Either, You brain is neither specifically male, nor female in the way you perceive your surroundings. As bad as this may sound to some, it can easily mean that you are capable of combining both  gender aspects to your advantage. Rather than being genderless you are possibly able think freely. This does not mean that you are bisexual or androgynous or indecisive, but it might.

Either

75%

Female

64%

Male

57%

Neither

25%

Should you be MALE or FEMALE?*
created with QuizFarm.com

One one more thing....Tahniah kepada Pak Lah....rasanyer satu Malaysia dah tahu yang beliau akan menamatkan zaman 'single' dan bernikah pada Sabtu nih...Semoga berbahagia dan dapat memakmurkan lagi Malaysia....Amiinn..

p.s: aku xpaham kenapa sorang mamat nih dlm blognya membahasakan org melayu sebagai Temuan...Ada udang sebalik batu ker???

Posted at 6/6/2007 10:12:15 pm by joeblack2020
Make a comment

Sunday, June 03, 2007
Ayaan dan Gogh

Assalamualaikum...

Minggu lepas Australia menerima kunjungan seorang tetamu `terhormat` yang datang dari Belanda. Ayaan Hirsi Ali hadir di Sydney bagi menyertai Festival Penulis-penulis Sydney dan mempromosi buku dia yang bertajuk Infedel. Dia yang lahir di Somalia merupakan seorang yang beragama Islam pada asalnya tetapi membuat keputusan untuk menjadi seorang Atheis pada 2002.

Pada mulanya saya pun tidak mengenali Ayaan tetapi bila dikaitkan dengan kematian Theo van Gogh di Amsterdam pada 2004, baru saya terlintas isu tersebut. Ayaan merupakan penulis bagi filem pendek yang diarah oleh Van Gogh yang bertajuk Submission. Filem pendek ini mengisahkan kehidupan wanita Islam yang sering didera dan mempunyai darjat yang rendah disisi Islam (itu pendapat Ayaan). Van Gogh dibunuh oleh warga Maghribi dan Ayaan selepas itu menyembunyikan diri dan dikawal 24jam oleh pengawal-pengawal peribadi. Sila buat kajian sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang kontroversi ini.

Ayaan menurut pendapat peribadi dia (tidak mahu menggunakan kata diri `beliau` kerana dia tidak layak untuk dipandang tinggi), Islam memandang rendah kepada wanita dan wanita perlu 100% patuh kepada arahan suami seolah-olah sebagai seorang hamba abdi. Jika tidak, si isteri akan dipukul dengan teruk dan didera oleh si suami. Dia juga ada menyatakan Nabi Muhammad SAW seorang `pervert`(bak kata org melayu `org tua xsedar diri`) kerana ketika baginda sudah berusia 53 tahun, baginda berkahwin dengan Saidatina Aishah pada ketika itu berusia 6 tahun.
Patut la dia menjadi buruan pihak radikal Islam.

Masa aku dengar pandangan beruk nih kat TV, menyirap aku dengar. Sayangnya otak dia telah berada di lutut dan lututnya pula berada di dalam kepala. Sungguh cetek pengetahuan dia tentang Islam. Walaupun dah berpuluh2 tahun dia menjadi seorang muslimah, dia menyalahkan ajaran Islam yang menyebabkan institusi keluarga porak peranda dan membunuh manusia lain tanpa sebab. Dia mempersoalkan mengapa minum arak boleh menyebabkan masuk neraka, rejam sampai mati bagi wanita yang berzina, dll. Dia juga mengatakan Islam itu agama kuno dan menyamakan Islam seperti Nazi.

Aku xsalahkan dia 100% atas kebodohan dan kejelikan minda dia tuh kerana mungkin kehidupan dia memang dikelilingi dengan situasi begitu. Mungkin ketika dia kahwin, dia sering dipukul oleh suaminya. Mungkin laki2 kat benua Afrika atau Timur Tengah mmg agak kasar dan bertindak mengikut nafsu. Aku selalu baca di akhbar yang menyatakan suami membunuh isteri atas sebab2 tertentu di negara-negara yang bagi aku agak radikal ke`Islam`an nya. Bukankah ini memberi imej yang buruk kepada mereka yang membacanya.

Perlukah seorang suami memukul sehingga senget rahang isteri hanya kerana ingkar mengikut arahan suami atau sesuatu yang boleh menaikkan kemarahan si suami? Aku ingat dulu kita telah dididik dengan kelembutan. Lembut itu Hikmah. Aku tak ingat pulak kalau nak didik isteri tu kena belasah cukup2. Kalau nak rotan pun guna lidi je. Itu pun bukan sampai memudaratkan si isteri. Paling brutal pun asingkan tempat tido. Itu pun dah menyeksa emosi tuh...huhu...

Keluarga aku dan aku percaya keluarga anda semua yang beragama Islam menjalani kehidupan sebagai keluarga Islam. Sebelum makan, kita membaca doa makan, minta keberkatan ketika mengadap rezeki. Solat berjemaah, ayah atau anak lelaki sulung menjadi imamnya - ini melatih kita menjadi lebih disiplin dan belajar mematuhi seorang ketua (imam) serta merapatkan hubungan antara keluarga. Apabila masuk ke dalam rumah, kita memberi salam - mendoakan kesejahteraan serta menghalau syaitan2 yang ingin merosakkan keturunan Adam. Kita salam, cium tangan dan pipi serta peluk kedua ibu bapa kita - betapa pentingnya menghormati orang tua kita kerana mereka lah yang mendidik dan melatih kita menjadi seorang yang berguna. Betapa indahnya Islam dan setiap yang ditegah itu mempunyai sebab dan hikmahnya.

Seorang isteri mesti patuh dah taat kepada suami. Dan suami pula perlu mendahului ibunya daripada isterinya sendiri. Jadi siapa yg lebih `berkuasa` disini? Kita dulu masa kecik2 slalu dengar kisah2 sirah tentang derhaka seorang anak kepada ibunya kerana terlalu mementingkan isterinya. Sampai si anak nak mati pun xblh nak mengucap. Doa-doa kan lah kita tidak tergolong seperti dia.

Isteri bukan untuk dimiliki tetapi sebagai menyempurnakan serpihan2 kehidupan untuk menjadi lebih sempurna. Si suami tidak boleh berbuat sesuka hati terhadap si isteri. Isteri perlu mematuhi selagi ia masih di atas landasan Islam dan boleh ingkar jika ia melanggar syariat. Kalau dah suami suruh si isteri menjadi pelacur atau suruh menggoda dato` untuk mendapat habuan yang besar, takkan si isteri nak kena patuh plak kan? Tu pasal undang-undang kita si isteri boleh mohon cerai fasakh tapi mesti atas sebab-sebab yang munasabah.

Ok, berbalik pada kesah si Ayaan nih. Pada bln Mei lepas, ketika warga OZ bercuti seminggu sempena Easter, di Melbourne ada dianjurkan Muslim Conference. Ada beberapa tokoh Islam dijemput untuk memberi ceramah tentang Islam sekarang dan Islamophobia. Yvonne Rydley, jika anda masih ingat dia yang ditahan oleh puak Taliban ketika membuat liputan di Afghanistan telah memeluk Islam dan kini bergerak aktif memberi ceramah tentang Islam dan Islamophobia. Beliau menyatakan Oz antara negara yang masih berfikiran `racist` tertinggi di dunia. Bagi aku, btul gak sebab mereka masih tidak memahami agama Islam itu apa dan masih memandang serong terutama selepas 9/11.

2 tokoh Islam tidak dapat hadirkan diri kerana telah disekat visanya atas sebab keselamatan. Ok, cuba kita tgk situasi nih. Ayaan dibenarkan masuk Australia dan mendapat liputan satu negara kerana usaha dia untuk memburukkan Islam tetapi 2 sheikh nih dihalang untuk memasuki OZ kerana untuk menegakkan Islam. Hurrmmm....apakah perbezaan antara buku yang dikarang oleh seekor beruk yang memberi pandangan yang ternyata songsang tentang Islam dengan 2 orang Sheikh yang ingin memberi pandangan mengenai keadaan yang sebenar berlaku di mana-mana di dunia ini untuk kebaikan sejagat? Ada warga OZ (yang bukan beragama Islam) mengkritik konferens itu kerana diadakan pada cuti Easter - hari mulia bagi Kristian. Dah tu, time tu yang cuti panjang dan ramai orang bleh join. Bukan ada kene mengena dengan apa yang berlaku time cuti tu.

Kesimpulannya. Betapa aku bersyukur hidup dan dibesarkan dalam suasana aman dan damai di MALAYSIA. Aku telah diajar untuk menghormati keluarga dan juga masyarakat luar tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sambut dengan meriah ketika umat Islam menyambut Aidilfitri dan pada masa yang sama Deepavali juga disambut oleh penganut Hindu atau Aidiladha disambut ketika pada waktu yang sama Gong Xi Fa Chai juga disambut oleh penganut2 Buddha. Islam tidak mengajar kita berperang tanpa sebab. Nabi juga tidak memaksa dengan kekerasan mereka untuk menganut Islam dan ketika itu peperangan berlaku kerana ingin tegakkan Islam. Mungkin pandangan aku ini akan dikritik oleh orang Islam yang lain juga. Mungkin olahan ayat aku xbetul sangat so aku mintak maaf.

Papepun Malaysia mmg best! dan kita doakan tanahair kita sentiasa aman dan harmoni dan tunjuk pada dunia (Bush, Blair, Howard) bahawa kuasa hanya akan menghancurkan jika disalahgunakan. Satu hari nanti anda akan tahu juga.

Posted at 6/3/2007 3:14:23 pm by joeblack2020
Make a comment

Monday, May 21, 2007
one finished.....3 to go...

Just submitted my radio program assignment...We have to do a 20 minutes radio prog for our final assignment of Radio Production subject. This subject dont have a written exam...so only 3 of my subjects will have final exam (29th, 31st May and 15th June)...so wish me luck...

 

lupe nak habaq....nih sebahagian je daripada 20 minit...photobucket kasi upload 5 minit je...enjoy...


Posted at 5/21/2007 11:02:10 pm by joeblack2020
Make a comment

Thursday, May 17, 2007
XM just around d corner~~~~

Assalamualaikum wbt.....

Kaifahaluka? genki kai?

well...last tuesday went to city for 'therapy' session...huhu...kepala dah pening ngan assignment n risau pasal xm...need the escapism to cool down a bit...xde tujuan sgt sebenarnyer...just pusing2 kat city after finish my lecture around 1030am...john talk about music...lots of trash talkin' in that song...huhuhu...the singer said f$#% so many time...many than i said for whole my life...

went to Rebel Sport shop...knew that the place doing a sale...just usha2...strolling around...they sell all prods that anything to do with sport - attires, shoes, excercise equiptmen, jersey, etc....menarik gak...tertarik ngan jaket with hood...yelah...xlama lagi nak winter...kot la nak pakai kan...xbeli pun...then saw nike tshirt...hurmmmm..interesting...like the color n d design...check2 ada size plak...huhuhu...so...

then g usha Dicksmith plak...that shop sell electronic appliances - tv,radio,laptop,pc,printer,wires n cables, etc....mencari tv kabel sebenarnyer...tv card baru sampai dari mesia...n radio antenna also...usha2 je dulu...

then went to bourke st n waiting for tram...heading to smith st....nak tau apa special kat situ? there's lot of factory outlet stores there - nike, adidas, converse, etc....went to adidas factory outlet n went to shoes dept....the shoes that i like didnt have the size....a bit dissappointed....from $130 become $70...need a new shoes actually...coz my nike 'kungfu' shoe dah mcm nak tercabut tapak (bought them in 2001 when I was in Japan) n one more nike futsal shoes mcm ketat...sakit bile jalan lama2....saw one shoe that attract me...not bad...harga pun lebih kurang je....try to wear it n feel comfortable...took the box and pay for it...after that went to the shoe dept again to wear that shoe...huhu...xsabar2 langsung...have a chat with the promoter there then when back to the city....

when I was in the tram heading back to the city, there was a guy...a bit selekeh ala2 hiphop....n looks like he loose all d energy....duduk pun xbetul...mata kuyu gile...mmg lalok....mcm nak tido tapi xtido...he cant even take his cap when it falls down from his head....all the passangers in there look at him...hurmmmm...mamat nih tgh high ker? he cant even sit properly....lantak ko la...jgn sampai ganggu org lain dlm tram tu udah....

when reached the city, went to dicksmith again n bought the cables....perut pun mendendangkan lagu keroncong.....niat nak makan kat umah je...tapi apakan daya...when walking into melbourne central buildings, ada restoran jepun yg sentiasa penuh ngan org...dah 2-3 kali nak p makan kat situ tapi malas la nak beratur...tgk time tu xramai org plak...hurmmmm....terus order tendon....huhuhu...rindu plak nak makan tendon kat Tenya....its just a simple meal - rice with tempura, 2-3 sayur yg digoreng, dituang sikit kicap...nyum2....just love japanese food...

selepas mengalas perut, perjalanan diteruskan ke perhentian keretapi untuk pulang....

Not to forget....SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU...pengorbanan seorang ibu mmg tiada tolong bandingnya....doakan kesejahteraan mereka and bile dah besar tu jgn lupe untuk jaga ibu kita sebagaimana dia telah menjaga kita sejak kecil.....

and to all the teachers....jutaan terima kasih atas tunjuk ajar anda semua....if not because of them, I'm not what I'm now....jgn lupa ziarah mereka...xkira  la guru yg mengajar masa skolah rendah ker, sekolah menengah ker, masa kita di uni ker, guru tusyen ker....asalkan mereka yang pernah mendidik kita menjadi insan yang berpengetahuan n berguna....I know I'll be somebody one day n I'll not forget them....


Posted at 5/17/2007 2:17:43 am by joeblack2020
Make a comment

Friday, May 11, 2007
During Jumaat.....

During solah jumaat in my uni mosque, when everyone doing the solat sunat, there was an OZ guy also praying behind me..All jemaah start to watching him because he was praying in a odd way. So I think that he must be still learning about Islam n just follow whatever the muslim do when praying. When others pray like 2 or 4 rakaat, he just do around 10-12 rakaat non stop.

I felt sorry for him and somehow felt proud because he tried to be and learn to be a muslim. I thinking that he's not yet converting to Islam and try to know more about it. He just wearing an ordinary t-shirt and jeans. He kept like a pony tail at the back of his head and the rest of his hair is a bit short. I'm guessing that he's still confius and want to search the meaning of life.

Hope he will be a great Muslim and maybe he'll be more devotees than we are that a born and brought up as a Muslim/Muslimah.....

wassalam


Posted at 5/11/2007 1:40:04 pm by joeblack2020
Make a comment

Wednesday, May 09, 2007
Pena Kangaru 01

Kenaikan yuran langganan ASTRO antara RM5-RM15 telah memberi reaksi yang berbeza-beza dari rakyat mahupun para menteri. Kecewa apabila saya membaca di ruangan Forum ada yang menyatakan luahan mereka yang tidak mampu untuk membayar yuran langganan dan kemungkinan untuk tidak dapat menonton rancangan kegemaran mereka iaitu Akademi Fantasia. Begitu besarkah impak AF sehinggakan rakyat begitu marah yuran dinaikkan? Janganlah kita terlalu taksub dan terpengaruh dengan rancangan-rancangan yang memberikan hiburan semata-mata.

 

Kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menyatakan jika tidak mampu untuk membayar yuran langganan ASTRO, tidak perlu menontonnya lagi. Mungkin bagi sesetengah pihak, respon beliau tidak wajar dan seperti pelajar sekolah. Bagi saya komen itu adalah antara banyak kenyataan yang telah dia nyatakan sebelumnya. Itu adalah komen kepada mereka yang sering merungut dan seolah-olah mereka telah hilang sebahagian kehidupan dengan tidak menonton ASTRO.

 

Industri penyiaran bukan sebuah perniagaan yang murah. Setiap hari mereka berurusan dengan berjuta-juta ringgit seperti membeli hak penyiaran luar negara. Undang-undang bagi stesen televisyen berbayar adalah berbeza dengan stesen televisyen percuma (terrestrial television). Stesen televisyen berbayar tidak boleh sewenang-wenangnya berkongsi rancangan dengan stesen komersil televisyen. Mereka terikat dengan peraturan yang berlainan dan stesen televisyen percuma perlu membayar kos yang tinggi juga untuk menayangkan rancangan-rancangan seperti siaran langsung perlawanan bola seluruh dunia. Kita sudah bersyukur jika perlawanan bola tempatan ditayangkan secara langsung di mana-mana stesen televisyen percuma.

 

Berkenaan dengan iklan, jika ingin mengurangkan tayangan iklan, maka pemilik-pemilik stesen televisyen terpaksa menaikkan kadar harga bagi satu slot iklan. Apabila kadar harga dinaikkan, maka makin berkuranglah para pengiklan untuk membeli slot tersebut dan bagaimana pula stesen-stesen televisyen ini ingin beroperasi?

 

Saya ingin cadangkan kepada mereka yang tidak mampu membayar yuran langganan ASTRO agar berkongsi membayar yuran tersebut antara 2 dan 3 keluarga. Mereka boleh berkumpul bersama-sama disamping dapat merapatkan hubungan sesame jiran tetangga dan menonton rancangan kegemaran mereka. Bagi pemilik-pemilik stesen televisyen sama ada berbayar mahupun percuma, kos operasi dan pembelian rancangan boleh dikurangkan dengan mengurangkan gaji dan elaun bagi pegawai-pegawai yang berjawatan tinggi. Saya berpendapat dengan potongan antara 10%-20% tidak akan menyusahkan kehidupan mereka.

 

Kita perlu faham bahawa pendapatan stesen televisyen terutama bagi stesen televisyen percuma bergantung kepada pengiklanan dan mereka berusaha untuk menyajikan rancangan-rancangan yang bermutu kepada kita. Bersyukur dengan apa yang ada dan mampu. Sama-samalah kita berusaha untuk memajukan diri dan memartabatkan negara.


Posted at 5/9/2007 11:34:59 pm by joeblack2020
Make a comment

aik...nak abih dah sem...

Assalamualaikum...

lately I`ve been watching Big Brother on tv...its not that I'm a big fan of BB, but just wanna know why BB so special...

well, for my disappointment...BB is really sucks!! heavy duty sucks!! there's nothing but a bunch of monkey hanging around, talk shit and dont know how to wear a proper cloth...sumer nak tayang badan n cakap merapu...is this the true image of OZ people? Aku rasa kalau letak anak buah aku kat situ lagi pandai cakap dari diorang...hurmmmm

well, thats enough with BB....just read the www.utusan.com.my regarding ASTRO have to increase the subscription fee around RM5-RM15...then i read under 'forum' tab that some are angry because they cant afford to pay xtra RM5-RM15 and cant watch AF anymore....I repeat.....they cant watch AF anymore...OMG....aku tepuk dahi je time tu....is that what we want? I dont want to comment that anymore coz its make me sick! cmon Malaysians....be matured...dont be the tv junkies...I narrow it....dont be the reality tv junkies....takde pekdah nyer tgk tu...thats is the lowest culture of all the pop culture (my lecturer said that..not me)

aku tak faham mentaliti kita sekarang nih.....itu aje ker yg kita nak kejar? please think out of the box....byk lagi yg kita perlu capai....bak kata akhbar dulu2....BANGKIT LAH!!!...

aku tengah pening nih coz byk keje nak kena siap nih...ada assignment nak kena hantar n need to read many books b4 my final end of this month....and now is 3am...

wassalam


Posted at 5/9/2007 1:41:13 am by joeblack2020
Make a comment

Saturday, May 05, 2007
Know me.....or knew me?

Assalamualaikum...

hey guys...here r some tests u would like to try whether u know me or not?

http://www.truefriendtest.com/friendtest/337555

its just a test...nothing personal...maybe after that u can know me better..."ooohhh...mamat nih suke nih rupenyer...","eh...yeker?"...hehe..sumting like that la...

its funny when u think u know that person better that anyone else..but actually u dont...

so dont lost contact with your friends...if not because of them, u r not u r now...

cheers...happy weekend!


Posted at 5/5/2007 7:57:44 pm by joeblack2020
Make a comment

Next Page