Entry: Ayaan dan Gogh Sunday, June 03, 2007



Assalamualaikum...

Minggu lepas Australia menerima kunjungan seorang tetamu `terhormat` yang datang dari Belanda. Ayaan Hirsi Ali hadir di Sydney bagi menyertai Festival Penulis-penulis Sydney dan mempromosi buku dia yang bertajuk Infedel. Dia yang lahir di Somalia merupakan seorang yang beragama Islam pada asalnya tetapi membuat keputusan untuk menjadi seorang Atheis pada 2002.

Pada mulanya saya pun tidak mengenali Ayaan tetapi bila dikaitkan dengan kematian Theo van Gogh di Amsterdam pada 2004, baru saya terlintas isu tersebut. Ayaan merupakan penulis bagi filem pendek yang diarah oleh Van Gogh yang bertajuk Submission. Filem pendek ini mengisahkan kehidupan wanita Islam yang sering didera dan mempunyai darjat yang rendah disisi Islam (itu pendapat Ayaan). Van Gogh dibunuh oleh warga Maghribi dan Ayaan selepas itu menyembunyikan diri dan dikawal 24jam oleh pengawal-pengawal peribadi. Sila buat kajian sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang kontroversi ini.

Ayaan menurut pendapat peribadi dia (tidak mahu menggunakan kata diri `beliau` kerana dia tidak layak untuk dipandang tinggi), Islam memandang rendah kepada wanita dan wanita perlu 100% patuh kepada arahan suami seolah-olah sebagai seorang hamba abdi. Jika tidak, si isteri akan dipukul dengan teruk dan didera oleh si suami. Dia juga ada menyatakan Nabi Muhammad SAW seorang `pervert`(bak kata org melayu `org tua xsedar diri`) kerana ketika baginda sudah berusia 53 tahun, baginda berkahwin dengan Saidatina Aishah pada ketika itu berusia 6 tahun.
Patut la dia menjadi buruan pihak radikal Islam.

Masa aku dengar pandangan beruk nih kat TV, menyirap aku dengar. Sayangnya otak dia telah berada di lutut dan lututnya pula berada di dalam kepala. Sungguh cetek pengetahuan dia tentang Islam. Walaupun dah berpuluh2 tahun dia menjadi seorang muslimah, dia menyalahkan ajaran Islam yang menyebabkan institusi keluarga porak peranda dan membunuh manusia lain tanpa sebab. Dia mempersoalkan mengapa minum arak boleh menyebabkan masuk neraka, rejam sampai mati bagi wanita yang berzina, dll. Dia juga mengatakan Islam itu agama kuno dan menyamakan Islam seperti Nazi.

Aku xsalahkan dia 100% atas kebodohan dan kejelikan minda dia tuh kerana mungkin kehidupan dia memang dikelilingi dengan situasi begitu. Mungkin ketika dia kahwin, dia sering dipukul oleh suaminya. Mungkin laki2 kat benua Afrika atau Timur Tengah mmg agak kasar dan bertindak mengikut nafsu. Aku selalu baca di akhbar yang menyatakan suami membunuh isteri atas sebab2 tertentu di negara-negara yang bagi aku agak radikal ke`Islam`an nya. Bukankah ini memberi imej yang buruk kepada mereka yang membacanya.

Perlukah seorang suami memukul sehingga senget rahang isteri hanya kerana ingkar mengikut arahan suami atau sesuatu yang boleh menaikkan kemarahan si suami? Aku ingat dulu kita telah dididik dengan kelembutan. Lembut itu Hikmah. Aku tak ingat pulak kalau nak didik isteri tu kena belasah cukup2. Kalau nak rotan pun guna lidi je. Itu pun bukan sampai memudaratkan si isteri. Paling brutal pun asingkan tempat tido. Itu pun dah menyeksa emosi tuh...huhu...

Keluarga aku dan aku percaya keluarga anda semua yang beragama Islam menjalani kehidupan sebagai keluarga Islam. Sebelum makan, kita membaca doa makan, minta keberkatan ketika mengadap rezeki. Solat berjemaah, ayah atau anak lelaki sulung menjadi imamnya - ini melatih kita menjadi lebih disiplin dan belajar mematuhi seorang ketua (imam) serta merapatkan hubungan antara keluarga. Apabila masuk ke dalam rumah, kita memberi salam - mendoakan kesejahteraan serta menghalau syaitan2 yang ingin merosakkan keturunan Adam. Kita salam, cium tangan dan pipi serta peluk kedua ibu bapa kita - betapa pentingnya menghormati orang tua kita kerana mereka lah yang mendidik dan melatih kita menjadi seorang yang berguna. Betapa indahnya Islam dan setiap yang ditegah itu mempunyai sebab dan hikmahnya.

Seorang isteri mesti patuh dah taat kepada suami. Dan suami pula perlu mendahului ibunya daripada isterinya sendiri. Jadi siapa yg lebih `berkuasa` disini? Kita dulu masa kecik2 slalu dengar kisah2 sirah tentang derhaka seorang anak kepada ibunya kerana terlalu mementingkan isterinya. Sampai si anak nak mati pun xblh nak mengucap. Doa-doa kan lah kita tidak tergolong seperti dia.

Isteri bukan untuk dimiliki tetapi sebagai menyempurnakan serpihan2 kehidupan untuk menjadi lebih sempurna. Si suami tidak boleh berbuat sesuka hati terhadap si isteri. Isteri perlu mematuhi selagi ia masih di atas landasan Islam dan boleh ingkar jika ia melanggar syariat. Kalau dah suami suruh si isteri menjadi pelacur atau suruh menggoda dato` untuk mendapat habuan yang besar, takkan si isteri nak kena patuh plak kan? Tu pasal undang-undang kita si isteri boleh mohon cerai fasakh tapi mesti atas sebab-sebab yang munasabah.

Ok, berbalik pada kesah si Ayaan nih. Pada bln Mei lepas, ketika warga OZ bercuti seminggu sempena Easter, di Melbourne ada dianjurkan Muslim Conference. Ada beberapa tokoh Islam dijemput untuk memberi ceramah tentang Islam sekarang dan Islamophobia. Yvonne Rydley, jika anda masih ingat dia yang ditahan oleh puak Taliban ketika membuat liputan di Afghanistan telah memeluk Islam dan kini bergerak aktif memberi ceramah tentang Islam dan Islamophobia. Beliau menyatakan Oz antara negara yang masih berfikiran `racist` tertinggi di dunia. Bagi aku, btul gak sebab mereka masih tidak memahami agama Islam itu apa dan masih memandang serong terutama selepas 9/11.

2 tokoh Islam tidak dapat hadirkan diri kerana telah disekat visanya atas sebab keselamatan. Ok, cuba kita tgk situasi nih. Ayaan dibenarkan masuk Australia dan mendapat liputan satu negara kerana usaha dia untuk memburukkan Islam tetapi 2 sheikh nih dihalang untuk memasuki OZ kerana untuk menegakkan Islam. Hurrmmm....apakah perbezaan antara buku yang dikarang oleh seekor beruk yang memberi pandangan yang ternyata songsang tentang Islam dengan 2 orang Sheikh yang ingin memberi pandangan mengenai keadaan yang sebenar berlaku di mana-mana di dunia ini untuk kebaikan sejagat? Ada warga OZ (yang bukan beragama Islam) mengkritik konferens itu kerana diadakan pada cuti Easter - hari mulia bagi Kristian. Dah tu, time tu yang cuti panjang dan ramai orang bleh join. Bukan ada kene mengena dengan apa yang berlaku time cuti tu.

Kesimpulannya. Betapa aku bersyukur hidup dan dibesarkan dalam suasana aman dan damai di MALAYSIA. Aku telah diajar untuk menghormati keluarga dan juga masyarakat luar tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sambut dengan meriah ketika umat Islam menyambut Aidilfitri dan pada masa yang sama Deepavali juga disambut oleh penganut Hindu atau Aidiladha disambut ketika pada waktu yang sama Gong Xi Fa Chai juga disambut oleh penganut2 Buddha. Islam tidak mengajar kita berperang tanpa sebab. Nabi juga tidak memaksa dengan kekerasan mereka untuk menganut Islam dan ketika itu peperangan berlaku kerana ingin tegakkan Islam. Mungkin pandangan aku ini akan dikritik oleh orang Islam yang lain juga. Mungkin olahan ayat aku xbetul sangat so aku mintak maaf.

Papepun Malaysia mmg best! dan kita doakan tanahair kita sentiasa aman dan harmoni dan tunjuk pada dunia (Bush, Blair, Howard) bahawa kuasa hanya akan menghancurkan jika disalahgunakan. Satu hari nanti anda akan tahu juga.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments