Entry: Jalan2 cari jalan... Saturday, June 09, 2007



Assalamualaikum...

Hari yang membosankan. So aku pun g la jalan2 sekitar Camberwell...window shopping...yesterday I bought 3 books at Borders...blaja2 nak membaca buku...huhu...yg tu nanti aku update...

Sekarang nih musim sale gile2....diorang nak habiskan stock...niat di hati tu mmg la nak beli mcm2...tapi sabar je la....then aku masuk kat Target...ada jeans $15.00...hehe...angkat la selai...then dekat book sections, ternampaklah aku pada satu buku nih yang berjudul "Since I was a Pricess" yang ditulis oleh Jacqueline Pascarl. Kenal tak dia? Dulu kisah dia dengan seorang kerabat diraja Terengganu yang menggemparkan Malaysia dan Australia. Demi menyelamatkan agama dan maruah anak-anak, beliau (ex-husband Pascarl) sanggup meredah laut mengambil kembali anak-anak dia. Dan rasanyer sumer dah tau kan yang kedua-dua anak tu dah datang ke OZ utk menziarah ibu kandung mereka.

Dalam buku tu ada la gambar2 pengalaman Pascarl. Dia citer la dia hampir bunuh diri dan hampir jadi gila kerana kehilangan anak2 kesayangannya. Then dia kuatkan semangat dan menjadi sukarelawan antarabangsa. Merata la dia pegi untuk membantu mangsa2 perang terutama kanak2...Banyak la gambar2 dia di kem2 sementara. Then ada gambar masa anak2 dia kecil. Si ibu memegang 2 ekor anak anjing dan diapit oleh kedua2 anak. (Hurrrmmm.....) Then ada gambar2 yang terbaru ketika kedua2 anak tu datang menziarahi ibu mereka di OZ. Sungguh gembira and sungguh seksi anak dara (??) sulung tu. Dan ada satu lagi gambar si anak perempuan tu sungguh gembira membelai2 seekor anjing. Bawah gambar tu mak dia tulis la betapa rindunya anak2 dia dengan kehidupan sebelumnya.

Persoalannya di sini. Apakah kehidupan sebelumnya? Adakah hidup sepertimana budaya barat adalah kehidupan mereka? Dalam kes nih sape yang perlu dipersalahkan? Aku selalu dengar gak yang bile seseorang tu bile kawen ngan warga lain di luar negara, mereka lebih cenderung utk hidup gaya mereka....yeker? tak semua macam tu kan.....ramai je yang kawen dengan org luar tapi elok je cara hidup mereka...

Sama-sama la kita pikir...

huuurrrmmmmmm.....

   1 comments

-hana-
June 19, 2007   02:10 AM PDT
 
part of tanggungjawab sebenarnya.. and reason of kawen.. if warga luar tu tukar agama ke Islam, semata2 sebab nak kawen dengan kekasih hati ~macam tu lah jadinya.. Tapi kalau si Muslim ni ingat asal usul, dan si warga luar tu tertarik dengan ke'musliman'nya, and convert to Islam utk mendalami Islam tu sendiri, takde lah kes macam kerabat ni, kan..

Besar sangat tanggungjawab tu, tapi kasih sayang ibu pada anak pun takbleh nak pandang remeh.. ntah ler..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments